Program Sepakat Bestari Daerah Rembau telah diadakan di Perkarangan Muzium Raja Melewar, Astana Raja. Perjalanan dari Seremban ke Muzium Raja Melewar, Astana Raja adalah 45km. Program ini telah diadakan bermula dari pagi lagi hinggalah petang. Banyak program-program yang telah disusun oleh Pejabat Penerangan Daerah Rembau pada hari itu, antara programnya senamrobik, pameran oleh angensi kerajaan dan Komuniti BESTARI, gotong royong, ceramah 1Malaysia oleh Pegawai Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, bicara tani oleh Jabatan Pertanian Daerah Rembau, pertandingan sajak 1Malaysia, pertandingan masakan, pertandingan gubahan dan pertandingan dam haji dan karom.

Program Sepakat Bestari Daerah Rembau ini telah dirasmikan oleh YB ADUN Kawasan Kota pada sebelah petangnya dan program ini telah berakhir dengan perlawanan persahabatan bola sepak antara Jabatan Penerangan Negeri Sembilan dan Pasukan Astana Raja, perlawanan ini telah menyebelahi pasukan lawan dengan 5-4.......Bagi pasukan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan jangan putus asa dengan kekalahan ini.....kejayaan pasti menanti anda......

0 comments:
Post a Comment