Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

Hari ini tanggal 26hb Oktober 2009 bersamaan 7 Zulkaedah 1430 H rakyat Negeri Sembilan dapat menyaksikan pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang telah berlangsung dengan penuh istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Istiadat ini mengulangi sejarah lebih 40 tahun lalu di mana upacara pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS
ISTIADAT PERTABALAN
YANG DI PERTUAN BESAR
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

WEDDING PHOTO

Hari ini first time aku mengambil wedding photo.....aku telah mengikuti seorang photographer yang aku kenal iaitu Shahril (bisobonafoto).....bagi aku shahril ne adalah sifu aku dalam bidang photographer ini...banyak tunjuk ajar yang dia bagikan pada aku untuk menjadi seorang photographer....napa la dari dulu lagi aku tak mulakan kerjaya photographer ni walaupun aku telah lama meminati bidang ini........best siot amik wedding photo ne....aku dapat rasakan kepuasan apabile sudah selesai semuanya....aku harap aku juga akan berjaya dalam bidang photographer yang aku telah minat dari dulu lagi...tp baru sekarang aku dapat merainya apa bile aku berjaya memiliki DSLR EOS 500D.....yahooooooooooo

1 MALAYSIA

Salam Ramadan


Salam Ramadan kepada semua umat islam di dunia ini...semoga ramadan kali ini lebih baik dari tahun-tahun lepas....

Pertandingan Bowling Antara Agensi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Sembilan


Agensi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Negeri Sembilan telah mengadakan pertandingan bowling di pusat bowling Jusco, Seremban 2 pada 19 Ogos 2009 ( Rabu ). Tujuan pertandingan bowling ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim anggota-anggota jabatan dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Sembilan.

Virus H1N1

Huwaaaa virus H1N1 di Malaysia ne semakin teruk sekarang….semalam aku tngok berita ade 3 lagi korban disebabkan H1N1 ini....hari ini masuk sahaja kerja hati aku terdetik nak tengok laman web Kementerian Kesihatan Malaysia....aku mahu lihat situasi semasa H1N1 ini....hari ne 19/08/2009 sehingga jam 9.00 pagi tiada lagi yang menjadi korban disebabkan virus H1N1 ini.....tetapi 1,468 pesakit influenza like illness (ILI) sedang dirawat di hospital-hospital di seluruh negeri termasuk hospital swasta.... dari angka itu, seramai 257 kes telah disahkan H1N1, 36 kes berada di ICU dimana 7 kes merupakan kemasukan baru sementara 4 kes dipindah keluar dari ICU.....dari hari ke hari ade aja kes H1N1 ini.... kalau masa mula-mula wabak ini memasuki negara kita...angkanya kecil sahaja.... tapi kite kena beringan virus H1N1 ini mudah merebak....pihak kerajaan juga sudah menyarankan supaya orang ramai yang mempunyai simptom penyakit serupa influenza (ILI) supaya tidak menghadiri majlis-majlis terbuka.....jadi kepada semua bersama-samalah kita menjaga kesihatan dan kebersihan diri....

Astana Raja Pusat Pelancongan

Replika Istana Raja Melewar terletak di Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Seremban ke Astana Raja mengambil masa lebih kurang 1jam (40km).
Replika Istana Raja Melewar ini telah dibuka kepada orang ramai pada September 2004 dan telah dibina diatas tapak asal istana ini dahulu. Replika ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian ruang untuk dilawati oleh pelancong.
Jadi kepada pelancong-pelancong yang berada diluar sana jom kita melawat Replika Istana Raja Melewar. Pasti anda akan tertarik dengan seni bina replika ini...






Perhimpunan Semarak 1Malaysia peringkat Negeri Sembilan dan Program Sepakat Komuniti BESTARI peringkat daerah Kuala Pilah

Perhimpunan semarak 1Malaysia peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Senaling, Kuala Pilah bersama-sama program Sepakat Komuniti BESTARI peringkat daerah Kuala Pilah pada 15 ogos 2009 (Sabtu) dan telah dirasmikan oleh YB ADUN Senaling.



































































Sepakat Bestari Daerah Rembau

Pada 12 Ogos 2009 ( Rabu ) bersamaan 12 Syaaban 1430 daerah Rembau iaitu salah satu daerah di Negeri Sembilan telah mengadakan Program Sepakat Bestari Daerah Rembau. Program Sepakat Bestari adalah salah 1 Program Komuniti BESTARI. Program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara Komuniti BESTARI di dalam sesebuah daerah sejajar dengan focus utama perkongsian maklumat dan hubungan antara Komuniti BESTARI.


Program Sepakat Bestari Daerah Rembau telah diadakan di Perkarangan Muzium Raja Melewar, Astana Raja. Perjalanan dari Seremban ke Muzium Raja Melewar, Astana Raja adalah 45km. Program ini telah diadakan bermula dari pagi lagi hinggalah petang. Banyak program-program yang telah disusun oleh Pejabat Penerangan Daerah Rembau pada hari itu, antara programnya senamrobik, pameran oleh angensi kerajaan dan Komuniti BESTARI, gotong royong, ceramah 1Malaysia oleh Pegawai Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, bicara tani oleh Jabatan Pertanian Daerah Rembau, pertandingan sajak 1Malaysia, pertandingan masakan, pertandingan gubahan dan pertandingan dam haji dan karom.

Program Sepakat Bestari Daerah Rembau ini telah dirasmikan oleh YB ADUN Kawasan Kota pada sebelah petangnya dan program ini telah berakhir dengan perlawanan persahabatan bola sepak antara Jabatan Penerangan Negeri Sembilan dan Pasukan Astana Raja, perlawanan ini telah menyebelahi pasukan lawan dengan 5-4.......Bagi pasukan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan jangan putus asa dengan kekalahan ini.....kejayaan pasti menanti anda......

Perhimpunan Penceramah di SEDIM



huuuu penahnya...aku br aje balik dr Sedim Eco Theme Park, Kulim Kedah. Aku ke sana dengan member2 pejabat mengikuti Program Pemantapan Profesionalisme Penceramah......Kita orang bertolak dari Seremban lebih kurang pukul 8.00 pagi.....Berhenti di RNR Seremban untuk sarapan pagi, RNR Sg. Perak makan tengahari dan RNR tapah......Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8jam....Naik kematu punggung aku duduk dalam bas....Sampai je di Sedim Eco Theme Park ingatkan bas boleh masuk....tp malangnya bas tidak boleh masuk ke lokasi....naik pulak pengangutan yang telah disediakan....aku dan member2 naik lori duduk belakang....dah lama tak naik lori macam tu, rasa seronok pulak....selesai check in member2 aku apa lagi terjun sungai la...malam tu sesi ceramah pun bermula.....foyooooo hebat2 member2 aku ne berceramah.....besoknya sesi ceramah di sambung lagi dan pada petangnya sesi latihan dalam kumpulan....malamnya sesi karaoke....macam2 bakat keluar mase sesi karaoke tu.....esoknya sesi ceramah 30minit bagi setiap kumpulan.....petangnya sesi penutup dan penyampaian sijil dan hadiah kepada yang berjaya......selepas itu apa lagi sesi pulang ke seremban la.....kursus ne memang bagus dan happy la.....tahun depan aku akan adakan lagi untuk sesi ke 2 pulak.....kepada member2 aku nantikan Kursus Ceramah Siri 2 yang akan aku adakan pada tahun depan....Sedim Eco Theme Park memeng menarik.......sorry la aku lupa la nak bawa dslr masa kursus tu.....tp aku akan cuba dapatkan pic2 dari member2 aku nanti....

Jalan-jalan cari photo

huuuuu...lewatnya aku bangun hari ne...kul 1 tengahari aku baru sedar dari mimpi...hahahahaha
hari ne aku dah projek baik punya....aku nak pegi Port Dickson....nak pergi pantai saje jalan-jalan ngan awek dah lama aku tak pergi jalan-jalan dengan dia...asyik jalan-jalan kat seremban ne je boring gak..sekali-sekali nak gak ubah angin....tapi bukan pergi jalan-jalan kosong.....aku bawa gak la camera....sempat gak la aku ambik gambar-gambar kat pantai Port Dickson....kite layan..........