1 MALAYSIA

Salam Ramadan


Salam Ramadan kepada semua umat islam di dunia ini...semoga ramadan kali ini lebih baik dari tahun-tahun lepas....

Pertandingan Bowling Antara Agensi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Sembilan


Agensi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Negeri Sembilan telah mengadakan pertandingan bowling di pusat bowling Jusco, Seremban 2 pada 19 Ogos 2009 ( Rabu ). Tujuan pertandingan bowling ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim anggota-anggota jabatan dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Sembilan.

Virus H1N1

Huwaaaa virus H1N1 di Malaysia ne semakin teruk sekarang….semalam aku tngok berita ade 3 lagi korban disebabkan H1N1 ini....hari ini masuk sahaja kerja hati aku terdetik nak tengok laman web Kementerian Kesihatan Malaysia....aku mahu lihat situasi semasa H1N1 ini....hari ne 19/08/2009 sehingga jam 9.00 pagi tiada lagi yang menjadi korban disebabkan virus H1N1 ini.....tetapi 1,468 pesakit influenza like illness (ILI) sedang dirawat di hospital-hospital di seluruh negeri termasuk hospital swasta.... dari angka itu, seramai 257 kes telah disahkan H1N1, 36 kes berada di ICU dimana 7 kes merupakan kemasukan baru sementara 4 kes dipindah keluar dari ICU.....dari hari ke hari ade aja kes H1N1 ini.... kalau masa mula-mula wabak ini memasuki negara kita...angkanya kecil sahaja.... tapi kite kena beringan virus H1N1 ini mudah merebak....pihak kerajaan juga sudah menyarankan supaya orang ramai yang mempunyai simptom penyakit serupa influenza (ILI) supaya tidak menghadiri majlis-majlis terbuka.....jadi kepada semua bersama-samalah kita menjaga kesihatan dan kebersihan diri....

Astana Raja Pusat Pelancongan

Replika Istana Raja Melewar terletak di Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Seremban ke Astana Raja mengambil masa lebih kurang 1jam (40km).
Replika Istana Raja Melewar ini telah dibuka kepada orang ramai pada September 2004 dan telah dibina diatas tapak asal istana ini dahulu. Replika ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian ruang untuk dilawati oleh pelancong.
Jadi kepada pelancong-pelancong yang berada diluar sana jom kita melawat Replika Istana Raja Melewar. Pasti anda akan tertarik dengan seni bina replika ini...






Perhimpunan Semarak 1Malaysia peringkat Negeri Sembilan dan Program Sepakat Komuniti BESTARI peringkat daerah Kuala Pilah

Perhimpunan semarak 1Malaysia peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Senaling, Kuala Pilah bersama-sama program Sepakat Komuniti BESTARI peringkat daerah Kuala Pilah pada 15 ogos 2009 (Sabtu) dan telah dirasmikan oleh YB ADUN Senaling.



































































Sepakat Bestari Daerah Rembau

Pada 12 Ogos 2009 ( Rabu ) bersamaan 12 Syaaban 1430 daerah Rembau iaitu salah satu daerah di Negeri Sembilan telah mengadakan Program Sepakat Bestari Daerah Rembau. Program Sepakat Bestari adalah salah 1 Program Komuniti BESTARI. Program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara Komuniti BESTARI di dalam sesebuah daerah sejajar dengan focus utama perkongsian maklumat dan hubungan antara Komuniti BESTARI.


Program Sepakat Bestari Daerah Rembau telah diadakan di Perkarangan Muzium Raja Melewar, Astana Raja. Perjalanan dari Seremban ke Muzium Raja Melewar, Astana Raja adalah 45km. Program ini telah diadakan bermula dari pagi lagi hinggalah petang. Banyak program-program yang telah disusun oleh Pejabat Penerangan Daerah Rembau pada hari itu, antara programnya senamrobik, pameran oleh angensi kerajaan dan Komuniti BESTARI, gotong royong, ceramah 1Malaysia oleh Pegawai Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, bicara tani oleh Jabatan Pertanian Daerah Rembau, pertandingan sajak 1Malaysia, pertandingan masakan, pertandingan gubahan dan pertandingan dam haji dan karom.

Program Sepakat Bestari Daerah Rembau ini telah dirasmikan oleh YB ADUN Kawasan Kota pada sebelah petangnya dan program ini telah berakhir dengan perlawanan persahabatan bola sepak antara Jabatan Penerangan Negeri Sembilan dan Pasukan Astana Raja, perlawanan ini telah menyebelahi pasukan lawan dengan 5-4.......Bagi pasukan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan jangan putus asa dengan kekalahan ini.....kejayaan pasti menanti anda......