Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

Hari ini tanggal 26hb Oktober 2009 bersamaan 7 Zulkaedah 1430 H rakyat Negeri Sembilan dapat menyaksikan pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang telah berlangsung dengan penuh istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Istiadat ini mengulangi sejarah lebih 40 tahun lalu di mana upacara pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS
ISTIADAT PERTABALAN
YANG DI PERTUAN BESAR
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

WEDDING PHOTO

Hari ini first time aku mengambil wedding photo.....aku telah mengikuti seorang photographer yang aku kenal iaitu Shahril (bisobonafoto).....bagi aku shahril ne adalah sifu aku dalam bidang photographer ini...banyak tunjuk ajar yang dia bagikan pada aku untuk menjadi seorang photographer....napa la dari dulu lagi aku tak mulakan kerjaya photographer ni walaupun aku telah lama meminati bidang ini........best siot amik wedding photo ne....aku dapat rasakan kepuasan apabile sudah selesai semuanya....aku harap aku juga akan berjaya dalam bidang photographer yang aku telah minat dari dulu lagi...tp baru sekarang aku dapat merainya apa bile aku berjaya memiliki DSLR EOS 500D.....yahooooooooooo

1 MALAYSIA

Salam Ramadan


Salam Ramadan kepada semua umat islam di dunia ini...semoga ramadan kali ini lebih baik dari tahun-tahun lepas....

Pertandingan Bowling Antara Agensi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Sembilan


Agensi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Negeri Sembilan telah mengadakan pertandingan bowling di pusat bowling Jusco, Seremban 2 pada 19 Ogos 2009 ( Rabu ). Tujuan pertandingan bowling ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim anggota-anggota jabatan dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Sembilan.

Virus H1N1

Huwaaaa virus H1N1 di Malaysia ne semakin teruk sekarang….semalam aku tngok berita ade 3 lagi korban disebabkan H1N1 ini....hari ini masuk sahaja kerja hati aku terdetik nak tengok laman web Kementerian Kesihatan Malaysia....aku mahu lihat situasi semasa H1N1 ini....hari ne 19/08/2009 sehingga jam 9.00 pagi tiada lagi yang menjadi korban disebabkan virus H1N1 ini.....tetapi 1,468 pesakit influenza like illness (ILI) sedang dirawat di hospital-hospital di seluruh negeri termasuk hospital swasta.... dari angka itu, seramai 257 kes telah disahkan H1N1, 36 kes berada di ICU dimana 7 kes merupakan kemasukan baru sementara 4 kes dipindah keluar dari ICU.....dari hari ke hari ade aja kes H1N1 ini.... kalau masa mula-mula wabak ini memasuki negara kita...angkanya kecil sahaja.... tapi kite kena beringan virus H1N1 ini mudah merebak....pihak kerajaan juga sudah menyarankan supaya orang ramai yang mempunyai simptom penyakit serupa influenza (ILI) supaya tidak menghadiri majlis-majlis terbuka.....jadi kepada semua bersama-samalah kita menjaga kesihatan dan kebersihan diri....

Astana Raja Pusat Pelancongan

Replika Istana Raja Melewar terletak di Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Seremban ke Astana Raja mengambil masa lebih kurang 1jam (40km).
Replika Istana Raja Melewar ini telah dibuka kepada orang ramai pada September 2004 dan telah dibina diatas tapak asal istana ini dahulu. Replika ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian ruang untuk dilawati oleh pelancong.
Jadi kepada pelancong-pelancong yang berada diluar sana jom kita melawat Replika Istana Raja Melewar. Pasti anda akan tertarik dengan seni bina replika ini...